• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Seorang isteri ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dipercayai ditetak suaminya dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, dekat sini, semalam.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai dibunuh pada kira-kira jam 8 pagi, namun laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata laporan dibuat orang awam memaklumkan satu kejadian bunuh berlaku di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

A Sahak berkata, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala.

Selain itu, katanya pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.

“Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya.

Katanya, selepas kejadian, jiran mangsa melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 8 malam sebelum melarikan diri ke arah sungai.

Beliau berkata, penduduk yang bimbang berlaku kejadian tidak diingini bertindak mengejar suspek namun gagal sebelum mereka memeriksa rumah pasangan itu dan mendapati isterinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek berumur 30-an itu masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: ditetakisteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd