• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keperluan Benih Padi Sah Mencukupi Untuk Kawasan MADA

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keperluan benih padi sah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang meliputi kawasan seluas 100,685 hektar bagi musim 2/2018 adalah mencukupi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Beliau berkata isu benih padi sah yang berlaku di Kedah dan Perlis itu berlaku bukan disebabkan oleh kekurangan benih padi sebaliknya disebabkan oleh permintaan yang tinggi bagi sesetengah jenis padi antaranya Siraj 297.

“Benih padi cukup cuma ada permintaan tinggi bagi Siraj 297 dan kita tengah usaha untuk dapatkannya dari tempat lain bagi menampung permintaan tersebut dan satu perbincangan khas telah diadakan bersama Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (MADACorp), Jabatan Pertanian Teluk Chengai dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Seberang Perai.

“Hasil perbincangan tersebut, MADACorp bersedia untuk membekalkan benih padi sah bagi menampung keperluan 12,800 hektar tanaman padi dan bakinya akan dibekalkan oleh pengeluar benih padi sah yang lain,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi selama dua hari di MADA di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga berharap semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan peladang dalam kawasan MADA mendapatkan benih padi sah daripada mana-mana pengeluar benih padi yang sah selain daripada pihak MADA sendiri.

Sementara itu, Sim berkata beliau melihat Kedah berpotensi untuk menjadi pengeluar makanan terbesar dengan penghasilan beras sekiranya dapat meningkatkan produktiviti, menggunakan setiap inci tanah yang ada selain menggunakan teknologi moden dalam pertanian.

“MADA telah mula gunakan dron bagi menyembur racun secara komersial dalam sektor penanaman padi dan orang muda boleh menceburi bidang pertanian moden ini kerana mereka lebih cekap tentang teknologi ini.

“Langkah penggunaan dron itu turut dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam industri pertanian padi termasuk mampu untuk menentukan ketepatan dan keserataan penyemburan racun pada tanaman padi,” katanya.

Katanya, banyak lagi penggunaan teknologi pertanian moden dapat digunakan bagi mempercepatkan dan menjayakan transformasi pertanian di negeri Kedah. – BERNAMA

Tags: Benih PadiMada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inovasi Benih Padi IS21 Guna Aruhan Sinar Gama

20/11/2021
0

SEKINCHAN: Benih padi jenis IS21 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah hasil inovasi...

Lantikan Menteri Bukan Campur Tangan Politik

02/05/2019
0

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menganggap lantikan Menteri Pertanian dan Industri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd