• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagilah Harta Atau Kemewahan… Mahu Zuriat

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Siti Elizad memberitahu dia juga seperti wanita lain yang tidak mengharapkan harta benda atau kemewahan namun hanya ingin dikurniakan zuriat.

Elizad, 34, berkata disebabkan itu dia perlu menjaga dirinya selepas melakukan pembedahan membuang ketumbuhan cyst (sista) pada awal September lalu.

“Sebenarnya perempuan ini bukan nak apa-apa pun. Bagilah harta atau kemewahan sekali pun tetapi dia mesti nak ada zuriat. Dikurniakan seorang cahaya mata pun sudah mencukupi.

Elizad hanya berehat sebulan selepas jalani pembedahan.

“Saya nak anak sebab itu kena jaga diri. Lagi-lagi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya tak nak buat pembedahan itu sebab dua tahun lepas, saya pernah jalani pembedahan yang sama dan doktor itu membuang cyst itu bersama ovari sebelah kiri.

“Tapi alhamdulillah untuk pembedahan kali ini, doktor hanya buang cyst sahaja supaya saya masih berpeluang untuk hamil,” katanya kepada mStar Online.

Elizad ditemui ketika majlis sidang media Anugerah Skrin 2018 di International Art Gallery at Alya, Bukit Kiara, di sini baru-baru ini.

Menerusi laporan mStar Online pada 5 September lalu, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini melakukan pembedahan membuang ketumbuhan cyst (sista) sepanjang lapan sentimeter.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin ini sudah mula memasuki set penggambaran selepas sebulan berehat.

Menurut Elizad, suaminya iaitu Shamsul Baharin Rahman turut melarang dia melakukan babak yang mencederakan dirinya.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih. Tapi itulah, saya orang yang tak suka duduk rumah. Jadi, sekarang saya dah mula masuk set penggambaran.

“Sebulan sahaja saya berehat. Sepatutnya saya perlu berehat dalam masa tiga bulan tapi saya jenis suka bekerja dan tak boleh duduk diam.

“Tapi suami dah berpesan jangan lakukan babak seperti jatuh atau yang boleh mencederakan diri. Kalau dia tahu saya buat, dia akan terus datang ambil saya di set,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Siti Elizadzuriat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Hajat Pelanggan Itu Dimakbulkan Allah SWT

22/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah terima tip (wang) sebanyak ini daripada pelanggan, jadi memang terkejut. Saya bersyukur, ini rezeki...

Isteri Gemuk Punca Sukar Dapat Zuriat?

09/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri yang gemuk dan kekurangan kepada lelaki menjadi salah satu punca pasangan di negara ini sukar mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd