• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Dibidas Pasif Dalam Perjuangan Turunkan Harga Barang

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membidas pihak pembangkang kerana pasif dalam perjuangan menurunkan harga barang sesuai dengan penurunan harga minyak pada masa kini.

Beliau berkata perbuatan pembangkang itu tidak selari dengan tindakan mereka yang sebelum ini sering mengajak rakyat untuk berarak di jalan raya, kononnya untuk menekan peniaga supaya menurunkan harga barang, sehingga memberi tekanan kepada kerajaan.

“Apabila harga barang naik akibat kenaikan harga minyak, isu ini digembar-gemburkan pembangkang. Malah BN (Barisan Nasional) pun ditukar nama kepada Barang Naik.

“Tetapi bila harga minyak sudah turun, tidak pula kita dengar mereka minta harga barang turun atau mengajak rakyat berdemo (berdemonstrasi) di jalan raya menuntut harga diturunkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Gerak Kerja Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi Umno Bahagian Bera di Dewan Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menyifatkan tindakan pembangkang sebelum ini sebagai suatu permainan politik, yang cuba mendapatkan simpati rakyat dengan bermodalkan harga barang.

“Jadi kita nampak permainan pembangkang guna isu harga barang untuk memburukkan kerajaan, yang akhirnya akan menimbulkan simpati pada pembangkang,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera juga berkata biro keahlian dan pendaftaran pengundi daerah telah diberikan petunjuk prestasi utama (KPI) mencari 5,000 pengundi baharu di kawasan itu sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Kita kena agresif mendapatkan pengundi baharu dan juga akan menarik lebih ramai pengundi golongan muda. Kita akan menjejak mereka (pengundi muda yang berada di luar Bera seawal yang boleh, untuk bawa mereka balik ke sini,” katanya.

Beliau menambah pihaknya juga akan mengenal pasti lebih 2,000 pengundi yang tidak mengundi pada PRU ke-13, untuk mengetahui faktor mengapa mereka tidak menjalankan tanggungjawab itu.

“Kita mahu tahu adakah mereka ini berkecil hati atau apa…kita mahu pastikan mereka ini mengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harga Barangpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd