• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Waspada Di Kelantan, Terengganu

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan luruan angin timur laut yang dijangka bertiup kencang pada Isnin ini.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh 29 Oktober hingga 1 November ini.

“Setakat ini kami mengeluarkan notis amaran peringkat kuning dan sekiranya kita menjangkakan hujan lebat berterusan, kita akan naik taraf amaran kepada peringkat cuaca buruk (jingga).

“Jika bertambah lebat dengan dengan jumlah hujan melebihi 240 mm sehari, amaran peringkat bahaya (merah) akan dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jelasnya, amaran peringkat kuning dikeluarkan apabila hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari lagi.

Alui berkata musim monsun timur laut atau musim tengkujuh pada tahun ini lebih awal berbanding tahun lepas yang berlaku pada awal November dan berubah mengikut dinamik cuaca serta pelbagai faktor lain.

METMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan musim tengkujuh yang dijangka mengakibatkan hujan berterusan sehingga tempoh lima hari berturut-turut dijangka melanda negara bermula hari ini hingga Mac 2019.

Dalam tempoh tersebut, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku yang bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember tahun ini.

Pada Disember 2018 dan Januari 2019, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta Sabah.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysianmet dan MMD Hotline di talian 1-300-22-1MET (1638). – BERNAMA

Tags: Jabatan MeteorologI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Cuaca Buruk Di Terengganu Dan Pahang

13/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk hujan lebat yang dijangka berterusan di Kemaman, Terengganu;...

Meteorologi Keluarkan Amaran Cuaca Berbahaya

01/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca berbahaya yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd