• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Diiktiraf Pakar Ekonomi Selepas Sertai PPBM

oleh
27/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekonyong-konyong Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus diiktiraf sebagai pakar ekonomi oleh Pakatan Harapan (PH).

Malah, bekas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu tiba-tiba digarap sebagai seorang yang memiliki ilmu tinggi dalam ekonomi dan pentadbiran.

Ironinya, PH sentiasa mengkritik dan memperlekehkan ekonomi negara termasuk dalam bidang yang diterajui Mustapa semasa beliau masih berada dalam Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, parti itu mengalu-alukan kehadiran Mustapa sebagai Ahli Parlimen ke-14 PPBM.

“Bukan sekadar kerana nama baik serta ketokohannya, tetapi juga pengalaman beliau yang begitu mendalam. Keupayaannya yang tidak asing lagi pasti akan dimanfaatkan, baik di peringkat kerajaan dan semestinya di peringkat parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akramsyah Muammar Ubaidah berkata, kepakaran Mustapa sebagai pakar ekonomi yang selesa baik di Kementerian Kewangan mahupun MITI pasti mampu dimanfaatkan dalam penyelesaian hutang negara serta saingan menarik pelaburan asing khususnya dalam bidang berteknologi tinggi.

Beliau seterusnya yakin Mustapa mampu memperkasakan PPBM di Kelantan kerana beliau hampir merampas negeri tersebut dari PAS sebagai mantan Ketua Perhubungan Negeri UMNO.

“Saya yakin kepimpinan parti akan mengenal-pasti tempat terbaik bagi Mustapa dalam parti yang kini sedang melaksanakan rombakan di beberapa peringkat,” katanya.

Mustapa menyerahkan borang keahlian PPBM kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Bagaimana desas-desus bertiup kencang Mustapa menyertai PPBM akibat menerim tekanan selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd