• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Atlet Judo Perak Terletak Pada Bukti Doktor

oleh
27/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nasib atlet judo Perak yang gagal dalam ujian doping semasa Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini, dikatakan atas faktor perubatan akan ditentukan menerusi satu mesyuarat khas untuk membincangkan kes itu dalam masa terdekat.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata walaupun atlet itu menggunakan bahan tersebut untuk tujuan rawatan, tetapi atlet itu tidak mengemukakan borang Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) atau memaklumkan perkara itu kepada pihaknya semasa ujian dilakukan.

Beliau berkata pakar perubatan yang memberikan rawatan seharusnya tahu mengenai prosedur itu, tetapi mengakui bahawa atlet berumur 21 tahun itu boleh terlepas dari hukuman sekiranya doktor yang merawatnya dapat mengemukakan bukti ketika sesi pendengaran.

Antara pihak yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Majlis Sukan Negara sebagai pengelola Sukma, Majlis Sukan Negeri, jurulatih dan doktor yang memberikan rawatan kepada atlet itu.

“Biasanya atlet itu tidak dipersalahkan jika ada justifikasi bahawa beliau menerima rawatan itu jika ia boleh menyelamatkan nyawa atau selamatkan daripada keadaan-keadaan kesihatan tertentu. Kalau tiada TUE pun, doktor itu seharusnya menulis sehelai surat mengenai rawatan yang diberikan itu.

“Sekarang ini zaman moden, semua didokumenkan…Bila doktor beri bahan Triamcinolone Acetonide itu, dari stor ke farmasi, farmasi ke klinik, klinik ke doktor, terutamanya jika doktor kerajaan. Ia perlu dibuktikan,” katanya pada sidang media di Menara KBS di sini, hari ini.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Pembangunan Sukan Perak Howard Lee Chuan How berkata steroid triamcinolone yang digunakan atlet berkenaan adalah mengikut dos dibenarkan setelah atlet itu mengalami kecederaan bahu yang serius pada 6 Sept ketika menjalani latihan.

Howard berkata suntikan steroid intrasendi adalah dibenarkan dan sampel diambil daripada atlet itu menunjukkan ia mengandungi 30ng/ml Triamcinolone Acetonide Parent, iaitu dalam jumlah dos yang dibenarkan.

Dr Ramlan berkata pihaknya menjalankan tugas mengikut proses, prosedur, tatacara dan peraturan yang ditetapkan dalam antidoping dan sentiasa menjadi keutamaan dalam tatacara itu untuk membela hak atlet yang diuji.

Beliau turut menegaskan bahawa satu lagi cabaran dalam kes itu apabila terpaksa memanggil mesyuarat khas untuk sesi pendengaran, kerana Persekutuan Judo Malaysia (PJM) tidak ada kuasa menguruskan kes itu, berikutan Persatuan Judo Perak bukannya ahli gabungan PJM.

Dr Ramlan turut meminta semua pihak agar memahami prosedur yang terlibat dan tidak membuat sebarang kenyataan tanpa mengetahui tanggungjawab agensi itu, malah berbincang dengan pihaknya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

“Dalam kes ini, ia menyentuh amalan perubatan, atlet itu telah menerima rawatan daripada seorang doktor yang dikatakan diberi menerusi sendi. Saya faham, saya pun mempunyai pengalaman perubatan sukan selama 30 tahun.

“Bagaimanapun harus kita tekankan bahawa pihak Adamas mahupun pihak makmal di New Delhi tidak ada apa-apa maklumat bagaimana Triamcinolone Acetonide ini diberi dan apakah tujuan rawatan itu. Bahan ini merupakan bahan larangan dan tidak dibenarkan di dalam sukan, sama ada di luar atau dalam pertandingan.

“Kami baru tahu keputusan ujian dan ingin meneliti apakah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas rawatan itu diberi, ini bukanlah memberi gambaran jika atlet itu bersalah atau tidak. Keputusan hanya akan diketahui selepas sesi pendengaran,” katanya.

Dalam pada itu, Ramlan berkata pihaknya masih menunggu keputusan empat lagi sampel yang meragukan daripada pihak makmal, yang dijangka boleh didapati dalam masa satu atau dua minggu lagi.

Setakat kini, Adamas mendedahkan empat atlet didapati positif bahan terlarang semasa Sukma 2018 yang berlangsung pada 11-22 Sept, iaitu atlet judo dari Perak dan tiga atlet angkat berat membabitkan dua dari Terengganu dan seorang dari Pahang. – BERNAMA

Tags: Kes Doping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rossi Berdepan Tuduhan Doping

26/09/2018
0

ROME - Penyerang Itali, Giuseppe Rossi berdepan hukuman penggantungan selepas didapati positif doping bahan terlarang dorzolamide, lapor media Itali hari...

Sukan Asia: Atlet Positif Doping Digugur Serta Merta

19/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Mana-mana atlet yang didapati positif menggunakan bahan terlarang, akan digugurkan serta-merta daripada kontinjen negara ke Sukan Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd