• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ditawar Jawatan Dalam Parti, Kerajaan

oleh
27/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli.

“Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu bahagian Tanah Merah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua Bersatu bahagian Tanah Merah Bahari Mohd Nor.

Ditanya adakah Bersatu akan menerima mana-mana pemimpin daripada UMNO untuk menyertai parti itu, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan pemimpin terbabit.

“Pemimpin lain boleh maklumkan untuk menyertai Bersatu tapi kita akan tapis dahulu kerana kita nak pemimpin yang betul-betul bersih sahaja.

“Setakat hari ini Tok Pa (Mustapa) dilihat sebagai tokoh yang bersih, dihormati dan disegani,” katanya.

Malam tadi Mustapa menyerahkan borang keanggotaannya secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd