• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Serang Balas 80 Sasaran Hamas Di Gaza

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Tentera Israel menyerang 80 sasaran Hamas di Semenanjung Gaza malam semalam selepas pejuang Palestin melancarkan 30 roket ke kawasan selatan negara Yahudi itu.

Berpuluh-puluh pesawat tentera Israel terbabit dalam serangan udara besar-besaran di Gaza, mensasarkan antara lain lokasi didakwa sebagai pembinaan senjata dan lima kawasan pejuang bersenjata termasuk sebuah bangunan yang dikatakan tempat anggota keselamatan Hamas.

Portal berita Haaretz melaporkan, pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’ meminta 11 roket yang dilancarkan ke selatan negara Yahud itu, termasuk satu pada pagi tadi.

Loceng amaran serangan dibunyikan 11 kali oleh rejim Zionis di selatan negara Yahudi itu termasuk di bandar Sderot dan Majlis Rantau Eshkol dekat sempadan Gaza sebagai amaran kepada penduduk Yahudi supaya mengambil langkah keselamatan.

Pejuang Palestin melancarkan roket ke selatan Israel berikutan pembunuhan enam penduduk Arab oleh askar Israel ketika mereka melakukan bantahan di sempadan Gaza dan Tebing Barat.

Warga Palestin yang maut dibunuh askar Israel termasuk Muhammad Khaled ‘Abd al-Nabi; Ahmed Said Abu Libdah; Aish Sha’ath; Naser Abu Thayem dan Mujahed Ziyad ‘Akel, kesemuanya dalam lingkungan usia awal dan lewat 20-an.

Satu lagi pertubuhan pejuang Palestin, Jihad Islam, turut menyiarkan kenyataan bahawa ia juga melancarkan beberapa roket sebagai membalas pembunuhan warga Palestin di sempadan.

Tentera Israel melaporkan, dalam serangan udara itu, pesawatnya menyerang sebuah bangunan empat tingkat yang dipercayai ibu pejabat pasukan keselamatan Hamas di Gaza.

Mereka mendakwa telah memberi amaran kepada penghuni bangunan beberapa kali supaya keluar sebelum serangan bermula.

Ketua Turus Tentera Israel, Lt Jen Gadi Eisenkot dan pegawai kanan yang bermesyuarat memberi arahan kepada penduduk Yahudi di selatan supaya mengelak daripada berkumpul beramai-ramai.

Penduduk dinasihatkan tidak berhimpun lebih 100 orang di tempat terbuka atau 500 orang di tempat tertutup.

Seramai tujuh penduduk Yahudi dirawat kerana mengalami trauma selepas dikejutkan dengan serangan roket pejuang Hamas.

Seorang lelaki berusia 53 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun cedera ringan ketika lari untuk berlindung selepas loceng amaran dibunyikan.

Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan, 213 warga Gaza maut dibunuh askar Israel ketika melakukan bantahan di sempadan. – Agensi

Tags: Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd