• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pertahan Diri Dana Dari Saudi, Bukan 1MDB

oleh
27/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pendiriannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau adalah sumbangan daripada Arab Saudi.

Bekas Perdana Menteri itu malah berkata, beliau ada bukti dokumen bank yang menunjukkan dana tersebut yang disalurkan ke dalam akaunnya adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera raja Arab Saudi.

“Walaupun Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir pernah dua kali dengan mulut sendiri mengesahkan Arab Saudi yang menderma wang kepada saya, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa berbeza.

“Hari ini (semalam) Adel memberitahu beliau wang yang disebut RM2.6 bilion konon tidak ada kaitan dengan kerajaan Arab Saudi. Ini ialah hantaran mengenai penjelasan saya bulan lalu yang mana saya memberi bukti.

“Semua surat penderma ialah dari orang yang sama. Di hantaran itu, saya turut tunjuk bukti dokumen dari bank membuktikan dana disalur kepada akaun saya ialah terus dari Kementerian Kewangan kerajaan Arab Saudi.

“Juga dari putera Arab Saudi. Hampir semua dana yang disebut RM2.6 bilion ini sudah dikembalikan kepada sumber yang menyalurkan empat bulan selepas diterima. Saya pun didakwa kerana menerima dana ini.

“Dan saya juga didakwa kerana mengembalikannya,” kata Najib dalam nada sinis menerusi entri akaun sosial Facebooknya, malam tadi yang tular dalam kalangan netizen tempatan sehingga terima lebih 5,000 tanda suka.

Najib memuat status berkenaan susulan Saifuddin dalam sidang medianya di Putrajaya berkata konon Adel menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

Saifuddin dalam pertemuannya dengan Adel yang turut sentuh isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6 bilion, Menteri Saudi itu menyatakan dana tersebut konon tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

“Menurutnya, ketika bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada bulan lalu, Adel memberitahunya kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB.

“Hari ini ulangi sekali lagi ia tiada kaitan dengan Arab Saudi,” kata Saifuddin kepada pemberita selepas turut hadir pada kunjungan hormat Adel terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Arab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd