• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Sekolah Elak Wabak Beguk Berterusan – KKM

oleh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penutupan dua sekolah di Selangor berikutan jangkitan wabak beguk antara kaedah mengelakkan jangkitan terus berlaku, kata ​​​​​​​Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.

“Semua pelajar yang terlibat dari kedua-dua sekolah ini berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan.

“KKM ingin menasihati murid-murid yang mempunyai gejala beguk untuk tidak hadir ke sekolah untuk mengelakkan jangkitan kepada murid-murid lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami gejala dan tanda-tanda beguk pula supaya mendapatkan nasihat doktor dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul bagi mengelakkan penularan penyakit ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Selangor diarah tutup oleh KKM berikutan jangkitan wabak beguk yang semakin meningkat di sekolah berkenaan.

Notis Perintah Tutup Premis dikeluarkan kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan SBP Integrasi Gombak di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – BERNAMA

Tags: Beguk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Beguk: 2 Sekolah Di Selangor Ditutup Sementara

25/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu...

Atlet Sukma N.Sembilan Dijangkiti Virus Beguk Sembuh Sepenuhnya

08/10/2018
0

SEREMBAN – Sembilan atlet boling padang wanita Negeri Sembilan serta dua pegawai yang dijangkiti virus beguk semasa menyertai Sukan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd