• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Terima Kasih Kepada Arab Saudi

oleh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi di atas layanan yang diberikan kepada jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji di negara itu.

“Kita ucap terima kasih di atas layanan yang diberi kerajaan Arab Saudi selama ini kepada jemaah kita yang melaksana haji yang kadang-kadang mereka diberikan layanan istimewa.

“Secara umumnya kerajaan Arab Saudi adalah tuan rumah yang baik dan kita tidak mempunyai masalah dengan mereka,” katanya kepada media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Dr Mahathir menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir di bangunan Perdana Putra.

Kedua-dua mereka mengadakan perbincangan kira-kira 30 minit bersempena lawatan tiga hari Adel ke Malaysia bermula Rabu lalu.

Perdana Menteri berkata menteri tersebut turut menghargai dan memuji sikap jemaah Malaysia yang melaksana ibadah rukun ke lima itu secara cukup teratur.

“Kelebihan Malaysia ini adalah kerana kita pergi ke sana melalui Tabung Haji untuk mengurus perjalanan ibadat haji jemaah Malaysia,” katanya.

Mengenai kuota ibadat haji, Dr Mahathir turut menceritakan kepada Adel mengenai jumlah bilangan pencarum Tabung Haji yang ramai di negara ini.

“Oleh itu kuota sebesar mana pun, tak boleh semua akan pergi dan ada yang telah tua mungkin tak boleh pergi haji jadi kita cuba nak bagi keutamaan kepada golongan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata Adel telah menerima penjelasan beliau.

“Saya tidak mintak tambah kuota haji tapi saya terangkan bahawa yang nak pergi ramai tetapi kerana umurnya dah lebih mungkin mereka tak dapat pergi,” katanya.

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lepas.

Perdana Menteri juga berkata sebarang isu berkaitan kedua-dua negara telah dibincangkan dan diselesai Adel bersama rakan sejawatnya Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd