• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suwaibah Teruskan Misi Tawan 30 Menara Dunia

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelari solo wanita negara, Mejar (K) Dr. Suwaibah Mohd. Nasir berjaya menawan menara keduanya iaitu Baiyoke Sky Tower di Thailand bagi melengkapkan misi untuk menawan 30 menara tertinggi dunia.

Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dalam satu kenyataan memberitahu, menara kedua yang ditawan Suwaibah semalam ialah menara 84 tingkat yang memiliki ketinggian 309 meter dengan catatan masa 14 minit 17 saat.

“Misi selanjutnya akan diteruskan di beberapa negara seperti Indonesia, Singapura, Rusia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain.

“Misi kedua semalam telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia di Bangkok, Datuk Jojie Samuel bersama wakil Baiyoke Sky Hotel, Chaiporn Mahakan. Misi tersebut juga mendapat kerjasama daripada rakan strategik Global Ikhwan Foundation Sdn. Bhd. dan restoran Love & Care,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Misi menawan 30 menara adalah sebuah misi yang telah digerakkan YPNM bersama Suwaibah.

YPNM turut melantik Suwaibah sebagai Ikon Patriot bagi mencipta rekod dunia dalam Guinness World Record dan menjadi wanita pertama Malaysia yang dapat menawan 30 menara tertinggi dunia menerusi larian solonya dalam misi tersebut.

Beliau telah memulakan misi itu dengan menawan Menara Avala di Belgrade, Serbia, dengan ketinggian 250 meter bersamaan 672 kaki pada 31 Ogos 2016 dan misi tersebut dijangka akan tamat pada tahun 2020.

Tambah kenyataan itu, misi menawan 30 menara tertinggi dunia itu juga telah mendapat pengiktirafan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menyatakan persetujuan sebagai Penaung Kehormat.

“Selain misi ini, Patriot juga melaksanakan kempen Demi Pembangunan Negara yang berjaya mengumpul RM650,000 hasil daripada jualan nombor plat Patriot dan wang tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri pada 20 Julai 2018 untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Negara.

“Dengan mesej keamanan dunia dan semangat patriotisme, Patriot berharap inisiatif yang digerakkan Suwaibah ini dapat memberi semangat dan sumber inspirasi kepada beliau untuk terus mengibarkan jalur gemilang dan mengharumkan nama baik Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin menyokong Misi 30 Menara itu boleh membuat sumbangan melalui pembelian nombor plat Patriot di laman plat.patriot.org.my atau hubungi sekretariat plat Patriot di talian 019-4475555. – UTUSAN ONLINE

Tags: menaraPelari Solo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bina Menara Guna 18,000 Kek Cawan

05/02/2019
0

CHENNAI – Guinness World Records telah mengiktiraf rekod baharu menara kek cawan paling tinggi di dunia kini milik India selepas...

Menara FELCRA Terpaksa Dijual

19/10/2018
0

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad (FELCRA) mengumumkan penjualan Menara FELCRA di Jalan Semarak di sini yang sedang dalam pembinaan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd