• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak: Penganggur Dipenjara 8 Tahun

oleh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan merompak seorang pemotong rumput secara berkumpulan dengan bersenjatakan sebuah botol arak.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap V.Kaaleeswaran, 25, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah terhadap kes di akhir pembelaan.

“Mahkamah telah meneliti dan memperhalusi segala keterangan daripada pihak pendakwaan dan tertuduh memilih untuk berdiam diri semasa di peringkat perbicaraan bela diri.

Oleh yang demikian, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan itu,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan Kaaleeswaran menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 2 Dis 2017.

Tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas merompak sebuah telefon bimbit jenis Samsung J1 Ace dan wang tunai RM150 milik T. Ganesen secara berkumpulan menggunakan botol arak.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di tapak pembinaan DBKL, Jalan 3/93A, Warisan City View, Cheras di sini pada pukul 1 petang, 1 Dis 2017 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaluddin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selain kes ini telah dibicarakan.

Bagaimanapun, sebelum menjatuhkan hukuman Hakim Rohatul Akmar meminta tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman namun Kaaleeswaran hanya mendiamkan diri.

Namun, tertuduh menggeleng kepala menunjukkan tidak mahu membuat rayuan semasa jurubahasa menerangkan kepadanya dalam bahasa Tamil.

Seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula Julai lepas. – BERNAMA

Tags: Rompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd