• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri, Timbalan Menteri Perlu Hadir Sesi Soal Jawab

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri atau Timbalan Menteri perlu hadir bagi menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof​​​​​​.

“Kita tidak boleh berharap seratus peratus kehadiran, itu mustahil. Terpulang kepada keadaan tetapi sesiapa yang seharusnya hadir di Parlimen kalau ada sesuatu yang akan dikemukakan olehnya, atau dijawab olehnya, dia patut hadir,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan pengurusan tertinggi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Walaupun Seksyen 24 Peraturan Majlis Mesyuarat menyebut bahawa jawab lisan ​​​​​​​boleh ​​​​​​​diwakilkan kepada menteri lain, sebaiknya Menteri yang bertanggungjawab bagi soalan yang dikemukakan hadir bagi menjawab soalan itu.

Semalam, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon menegur Menteri dan Timbalan Menteri agar lebih berdisiplin menjaga kehadiran di Parlimen.

Ia susulan gesaan Anggota Parlimen Ayer Hitam ,Datuk Seri Wee Ka Siong yang meminta Speaker membuat ketetapan mengenai perkara itu selepas beberapa anggota Parlimen tidak hadir bagi sesi soal jawab lisan.

Selain itu, isu kehadiran anggota Parlimen turut dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Pendang, Awang Hashim ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 ​​​​​​​yang mempersoalkan ​​​​​​​kehadiran ​​​​​​​sesi petang persidangan Dewan Rakyat pada 23 Okt yang merekodkan tidak lebih 20 peratus daripada 222 anggota Parlimen hadir. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyatsesi soal jawab
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd