• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Beguk: 2 Sekolah Di Selangor Ditutup Sementara

oleh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu ekoran jangkitan wabak beguk.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil susulan Notis Perintah Tutup Premis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terhadap kedua-dua sekolah itu.

“Bagi SMAP Kajang, Notis Penutupan Bersyarat telah dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat pada 12 Oktober lepas. SBP Integrasi Gombak pula ditutup hingga 9 November depan selepas notis dikeluarkan oleh PKD Gombak semalam,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersihan disinfeksi telah dilakukan oleh Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di SMAP Kajang mulai 12 hingga 14 Oktober lepas manakala di SBP Integrasi Gombak, tindakan yang sama telah dilakukan mulai 19 hingga 21 Oktober lepas.

Sehubungan itu, KPM telah mengarahkan kedua-dua sekolah terbabit akur dengan arahan dan melaksanakan semua urusan penutupan sekolah secara teratur.

“Kedua-dua sekolah terbabit juga telah diminta untuk menjalankan disinfeksi dan sentiasa berhubung dengan ibu bapa mengenai perkembangan mutakhir terutama bagi mereka yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan mulai minggu kedua bulan depan,” kata kenyataan itu.

Seramai 36 pelajar dari SMAP Kajang yang dijangkiti wabak beguk telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang mulai awal Oktober ini, manakala SBP Integrasi Gombak pula, seramai 15 pelajar telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Gombak pada bulan ini di mana kes terakhir yang dicatatkan pada 23 Oktober iaitu sebanyak tiga kes – BERNAMA

Tags: Beguk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tutup Sekolah Elak Wabak Beguk Berterusan – KKM

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Penutupan dua sekolah di Selangor berikutan jangkitan wabak beguk antara kaedah mengelakkan jangkitan terus berlaku, kata ​​​​​​​Ketua...

Atlet Sukma N.Sembilan Dijangkiti Virus Beguk Sembuh Sepenuhnya

08/10/2018
0

SEREMBAN – Sembilan atlet boling padang wanita Negeri Sembilan serta dua pegawai yang dijangkiti virus beguk semasa menyertai Sukan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd