• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusnizal Mahu Cipta Rekod Tawan 1,000 Selekoh Thailand

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal, Mohd. Yusnizal Mohd. Yussof atau dikenali sebagai Sony mahu tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penunggang motosikal sebelah tangan terpantas yang melengkapkan lingkaran laluan 1,000 selekoh di Mae Hong Son, Thailand.

Yusnizal yang kudung sebelah tangan bercadang memulakan misinya pada 13 hingga 17 Disember ini.

Dia bukan sahaja mahu membuktikan orang kurang upaya (OKU) adalah serba boleh tetapi menjadikan aktiviti menunggang motosikal sebagai satu gaya hidup sihat dan menjadikan kehidupan lebih menarik.

Selain Yusnizal, tiga penunggang sokongan turut bersama dengannya dalam misi tersebut iaitu jurutera telekomunikasi, Muhamad Azni Mohd. Nasir, 41; pegawai sains sukan, Norazwan Mokhtar, 40, dan pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi, Noorfaizalfarid Mohd Noor, 39.

Berumur 43 tahun, Yusnizal yang merupakan kakitangan kerajaan di Matrade juga mempunyai hobi dalam sukan lasak seperti paintball, scuba dan free diving.

“Apa yang saya lakukan itu kerana mahu buktikan OKU seperti saya juga boleh menakluk selekoh berbahaya dan mencabar di Thailand sepanjang misi ini.

“Saya yakin dengan sokongan rakan-rakan saya boleh membuktikan kepada dunia tiada apa yang mustahil,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam misi itu, dia dijangka melalui 1,864 selekoh tajam dan merbahaya yang meliputi kawasan Chiang Mai, Mae Hong Son, Pai, Golden Triangle, Maesai dan kembali ke Chiang Mai. Beliau akan cuba menghabiskan lingkungan laluan tersebut dalam tempoh yang paling singkat.

Sehubungan itu, Yusnizal berharap program yang akan dilaksanakan nanti mendapat perhatian semua pihak termasuk swasta yang sudi menaja bagi menyokong misi tersebut dan membuktikan OKU adalah serba boleh.

Pihak yang berminat menaja misi ini boleh menghubungi Noorfaizalfarid di talian 0195542624. – UTUSAN ONLINE

Tags: Malaysia Book of RecordsPenunggang Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Penunggang Motosikal Terkedu Terima Enam Saman

Penunggang Motosikal Terkedu Terima Enam Saman

29/06/2024
0

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal terkedu apabila 'dihadiahkan' enam saman selepas ditahan dalam sekatan jalan Ops Khas Motosikal sempena Ops...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd