• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh Bukit Kukus: Tindakan Tegas Jika Cuai

oleh
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak pemaju dan kontraktor sekiranya terbukti faktor kecuaian menjadi punca kejadian tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata kementerian akan berbincang dengan kerajaan negeri serta semua pihak yang terlibat bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian tersebut.

“Kami sedang mengikuti perkembangan kejadian tanah runtuh ini, sekiranya benar wujud kecuaian, penyembunyian fakta dan sebagainya, sudah pasti tindakan tegas akan diambil supaya perkara sedemikian tidak akan berulang.

“Kita juga bimbang sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada projek pembangunan bernilai jutaan ringgit sahaja tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar dan manusia,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2019 (ICW 2019), dan Asean Super 8 di sini, hari ini.

ICW 2019 bertemakan ‘Construction Beyond 2020’ akan berlangsung pada 18 sehingga 21 Mac depan dan merupakan acara tahunan terbesar dan terpenting meliputi spektrum industri pembinaan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

Ia akan menemukan pemain industri pembinaan dibawah satu bumbung untuk mempamer, mempelajari, membina hubungan dan berkongsi idea inovasi.

Sementara itu, Mohd Anuar berkata laporan penuh berhubung kejadian tanah runtuh tersebut masih dalam siasatan pihak kementerian serta kerajaan negeri Pulau Pinang dan hasilnya akan diketahui secepat mungkin.

Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu mengakibatkan 10 pekerja asing maut manakala empat cedera dan turut menimbus 13 kontena serta rumah kongsi penempatan pekerja projek.

Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua seumpama itu berlaku di Pulau Pinang selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lepas yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd