• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Hadir Beri Sokongan Moral Untuk Najib

oleh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIAR gambar bicara… Tampak tenang sahaja ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ceria bersembang seketika dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malahan media melaporkan Ketua Pembangkang itu turut luang masa sejenak dengan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar di ruang rehat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Hadir sama ialah anak lelaki Najib iaitu Mohd. Ashman. Kehadiran Ahmad Zahid secara mengejut di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur demi memberi sokongan moral terhadap kes pendakwaan dihadapi oleh Najib.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu yang tiba di perkarangan mahkamah pada kira-kira 9 pagi, berkesempatan melambai kepada media dan terus menuju ke arah Mahkamah Sesyen untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Sempat ditanya pemberita sama ada tujuan kehadirannya di sini adalah kerana Ahli Parlimen Pekan itu, beliau membalas ringkas: “Ya, sudah tentu. Saya di sini untuk memberi sokongan moral (kepada beliau).”

Sewaktu Ahmad Zahid didakwa di mahkamah sama pada 19 Oktober lalu atas 45 tuduhan membabitkan kesalahan penggubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah, Najib turut hadir untuk beri sokongan moral.

Najib dan Irwan menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berhubung kes berkaitan dengan firma pelaburan dari Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Zahid HamidiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd