• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Susut Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka hari ini susulan kekurangan permintaan serta ketegangan geopolitik yang ketara, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu berada pada paras 4.1660/1700 berbanding 4.1655/1675 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata minat pelabur terhadap risiko terus berkurangan selain aktiviti jualan yang ketara di pasaran tukaran asing.

Ketua Perdagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata sentimen di peringkat serantau juga ternyata lebih berhati-hati ekoran pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan dan turut memberi kesan terhadap sentimen ekuiti tempatan.

“Dolar AS dijangka meneruskan kenaikan berbanding ringgit dan akan menguji tahap 4.18 dalam masa terdekat ini. Malah ia lebih cepat sekiranya harga minyak terus menurun,” kata Innes.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0204 daripada 3.0194/0215 pada Rabu namun berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7210/7255 daripada 3.697/7012.

Selain itu, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3691/3755 daripada 5.3831/3865 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7517/7567 daripada 4.7549/7589. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd