• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Saran Audit Pendapatan Penyewa PPR

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat audit ke atas pendapatan penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini kerana terdapat segelintir penyewa yang berpendapatan tinggi dan melebihi had kelayakan untuk menyewa PPR.

“Keperluan (audit) itu adalah bagi memastikan sama ada pendapatan penyewa telah meningkat atau mereka mendapatkan unit rumah dengan cara yang tidak betul,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya hanya mereka yang benar-benar memperoleh pendapatan bawah tahap minimum (kelayakan) boleh terus dibenarkan menyewa di PPR pada kadar sewa RM124 sebulan

Beliau juga mencadangkan supaya penyewa yang berpendapatan tinggi boleh terus menyewa di PPR dengan syarat membayar kadar sewa lebih tinggi iaitu RM250 sebulan seperti yang pernah dilakukan di PPR Lembah Subang, Selangor.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar pembangunan sektor perumahan negara selari dengan keperluan rakyat berpendapatan sederhana dan bawahan yang berasal daripada golongan B40 dan M40, dan bukannya mengikut kehendak pemaju yang lebih suka membina hartanah mewah dan komersil.

“Harus ada opsyen rumah mampu milik yang tidak memerlukan kemudahan kondominium seperti kolam renang dan gimnasium yang hanya digunakan sekelompok kecil sahaja kerana ia melibatkan kos pembinaan dan penyelenggaraan besar yang perlu ditanggung semua,” katanya. – BERNAMA

Tags: diauditPenyewa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerugian Sebenar 1MDB Sedang Diaudit

04/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Jumlah kerugian sebenar dialami syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak dapat ditentukan pada masa ini....

Boleh Tukar Nama Akaun TNB Kepada Penyewa

09/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pemilik premis mempunyai pilihan untuk membuat pertukaran nama akaun (COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd