• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Penipuan Pengambilan Staf – Malindo Air

oleh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim penipuan pengambilan pekerja anak kapal yang menggunakan nama syarikat penerbangan itu tanpa kebenaran.

Malindo Air dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat penerbangan itu tidak terlibat dengan mana-mana agensi luar untuk sebarang pengambilan pekerja.

“Syarikat penerbangan Malindo Air tidak akan bertanggungjawab atas segala aktiviti yang telah dijalankan menerusi sindiket penipuan tersebut.

“Segala notis daripada pihak Malindo Air adalah menerusi laman web dan laman sosial rasmi penerbangan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, skim penipuan tersebut disebarkan menerusi laman sosial dan menawarkan pengambilan kerja sebagai anak kapal dengan mengenakan pembayaran pendahuluan sebanyak RM50 bagi setiap individu.

Skim penipuan itu turut menawarkan pengecualian pembayaran pendahuluan jika individu tersebut dapat menarik empat orang untuk menyertai pengambilan tersebut.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai sindiket penipuan pekerjaan boleh dikemukakan melalui laman web Malindo Air di www.malindoair.com, Twitter (https://twitter.com/malindoair) dan Facebook (facebook.com/MalindoAirMalaysia). – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd