• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Hadir Parlimen Bukan Isu Besar – Muhyiddin

oleh
24/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketidakhadiran menteri, timbalan menteri dan anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbahas di Dewan Rakyat semalam bukanlah satu isu yang besar.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbahasan yang berlaku di dalam Dewan boleh dilihat dan dibaca semula melalui hansard Parlimen pada keesokan harinya.

Malah menurutnya, pegawai daripada setiap kementerian turut berada di dalam Dewan Rakyat untuk mencatatkan segala perkara yang dibangkitkan.

“Saya pun tidak tahu kenapa mereka tidak mahu mendengar perbahasan Najib, mungkin kerana sudah selalu dengar dan dah jemu dengar ke apa saya tidak tahu,” kata Muhyiddin berseloroh dengan senyuman.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Parlimen hari ini.

Muhyiddin mengulas posting Facebook Najib semalam yang menunjukkan ketiadaan menteri dan timbalan menteri ketika beliau membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). – BERNAMA

Tags: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd