• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Starbucks Khas Golongan Pekak Dibuka Di AS

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Rebecca Witzofsky, 20, seorang penuntut Universiti Gallaudet di sini yang cacat pendengaran dan seorang rakannya, Nikolas Carapellatti mahu membeli kopi dan semalam, gadis itu tidak lagi berdepan kesukaran untuk membuat pesanan di kaunter.

Gergasi kopi Amerika Syarikat (AS), Starbucks membuka cawangan pertama beroperasi menggunakan bahasa isyarat di timur laut Washington berdekatan kampus Universiti Gallaudet, iaitu satu-satunya universiti di dunia dengan keseluruhan kurikulum disusun khas untuk penuntut yang cacat atau mengalami masalah pendengaran.

Di kafe itu, kesemua pekerja yang terdiri daripada golongan cacat atau memiliki masalah pendengaran diwajibkan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Kafe itu mengambil contoh sebuah cawangan yang dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2016.

Sekilas pandang, ia tidak berbeza dengan sebarang cawangan Starbucks yang lain.

Pekerja berpakaian kemeja hitam dan apron hijau tertera lambang syarikat sibuk membancuh minuman di belakang kaunter untuk pelanggan.

Namun di sebalik jumlah pelanggan yang ramai, kafe itu kelihatan tenang kerana semua komunikasi berjalan secara senyap menggunakan bahasa isyarat.

Untuk Witzofsky, ia adalah satu kelegaan.

“Ia memberikan peluang untuk golongan cacat pendengaran bersosial, menikmati hidangan lazat bersama rakan-rakan senasib,” katanya.

“Apabila saya pergi ke cawangan Starbucks yang lain, saya hanya mampu berharap mereka memahami pesanan saya atau saya menggunakan telefon untuk berkomunikasi dengan mereka,” jelasnya. – AFP

Tags: cacat pendengaranstarbucks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

McDonald’s, Starbucks Hentikan Perniagaan Di Russia

09/03/2022
0

LONDON : McDonald's Corp dan Starbucks Corp menghentikan sementara ratusan restoran di Russia, dengan Coca-Cola dan Pepsi turut muncul syarikat...

Video Pendek Bahasa Isyarat Covid-19 Untuk Komuniti Pekak

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Bagi memastikan orang kurang upaya (OKU) pendengaran tidak tercicir dalam mendapatkan maklumat penting mengenai wabak koronavirus (Covid-19),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd