• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Malaysia Dalam CPI Dijangka Tambah Baik

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Kedudukan Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) pada tahun ini dijangka bertambah baik berbanding tahun lepas, berikutan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas menyelesaikan kes berprofil tinggi yang berlaku sebelum ini.

Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata penahanan beberapa individu penting bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Felda Global Ventures Berhad (FGV) dan Tabung Haji turut membantu negara memperbaiki kedudukan tersebut.

“Kedudukan Malaysia dalam CPI yang dikeluarkan Transparency International, Berlin pada tahun lepas merupakan antara paling buruk apabila kita berada di tangga ke-62 daripada 180 negara berbanding kedudukan ke-55 pada tahun sebelumnya.

“Keadaan itu berlaku disebabkan kes berprofil tinggi tidak diselesaikan kerajaan terdahulu seperti 1MDB, FGV dan Tabung Haji, tetapi kerajaan PH sekarang telah pun menjalankan tugas menangkap individu berkenaan dan ini akan membolehkan kedudukan berubah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Akhbar berkata terdapat tiga faktor penting yang akan membantu sesebuah negara itu meningkatkan kedudukan dalam CPI, melibatkan iltizam politik, keberkesanan agensi pencegahan rasuah dan sokongan rakyat.

Pada masa sama, beliau berkata mereka yang memegang tampuk kuasa, sama ada di peringkat negara, kementerian, jabatan mahupun agensi, juga perlu menunjukkan contoh baik dengan menghindari perbuatan rasuah supaya orang bawahan mereka juga tidak berani melakukan perkara sama.

“Berbekalkan semua perkara itu, InsyaAllah kedudukan kita akan naik dari setahun ke setahun dengan syarat kerajaan PH tidak mengamalkan rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan dakwaan bahawa politik wang yang berlaku dalam pemilihan PKR baru-baru ini, sedikit sebanyak akan mempengaruhi usaha untuk memperbaiki kedudukan negara dalam CPI.

“Kita mempunyai pakar penilai bukan sahaja dari dalam tetapi luar negara, menetap di negara ini dan mereka sedia maklum tentang perkara itu yang dilaporkan di media dan portal dan ia mungkin menjejaskan sedikit usaha untuk memperbaiki ranking berkenaan,” katanya.

Sementara itu, 76 individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang pada istiadat itu yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Akhbar dikurniakan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 18 lagi penerima, didahului dengan Raja Puan Mahkota Perak Raja Datuk Seri Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Turut menerima darjah sama, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Simi Abdul Ghani. – BERNAMA

Tags: CPIkes berprofil tinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd