• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Penyu Tidak Gentar Hadapi Seladang – Jurulatih

oleh
24/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) tidak gentar berdepan Perak pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua jurulatih TFC 1, Irfan Bakti Abu Salim berkata dengan persediaan rapi dan taktik sedang dirancang, ia pastinya bekalan yang cukup buat skuad Penyu untuk menentang skuad Seladang bagi merangkul kejuaraan piala berprestij itu musim ini.

Beliau juga optimis anak buahnya mampu beraksi dengan baik pada perlawanan akhir tersebut, selepas menyingkirkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir.

“Masing-masing tahu kekuatan dan kelebihan dimiliki. Kita tahu corak permainan Perak, begitu juga Perak tahu corak permainan kita. Bagi saya peluang untuk menang 50-50.

“Alhamdulillah, setakat ini semua pemain dalam keadaan sangat bersedia dan tiada seorang pun menghadapi kecederaan. Kita sangat positif untuk beraksi di final,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pasukan TFC 1 di Stadium Gong Badak dekat sini hari ini.

Kali terakhir Terengganu menjulang Piala Malaysia ialah pada 2001 selepas menewaskan Perak 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ditanya sama ada akan merombak barisan pemain sebagai strategi menentang Perak, beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam tempoh dua hari lagi.

“Kita mungkin memberi lebih fokus kepada penyerang Perak Gilmar (Filho), memang harus diawasi…tetapi ini permainan berpasukan dan kita juga harus mengawasi setiap pemain mereka.

“Kita juga mengharapkan tuah (untuk bergelar juara) bagi kali kedua bermain di Stadium Shah Alam selepas menentang Negeri Sembilan pada 2011,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti menempah tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd