• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekah Di Kampung Pawong Bukan Akibat Gegaran

oleh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIMPANG PULAI – Rekahan tanah di Kampung Pawong di penempatan Orang Asli di Pos Slim di sini semalam bukan berpunca daripada sebarang gegaran sebagaimana yang tular di media sosial, menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak.

Timbalan Pengarah JMG negeri Basharuddin Ismail berkata rekahan tanah sepanjang 50 meter itu berpunca daripada hujan lebat petang semalam.

Katanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang membuat pemantauan di kawasan itu tidak merasakan sebarang gegaran semasa berlaku rekahan kira-kira pukul 3 petang.

“Tanah rebak (merekah) ini pencetusnya adalah hujan dan kebiasaannya jika berlaku bencana geologi ini ia ada faktor pencetus sama ada hujan atau gegaran, tetapi di sini tidak berlaku gegaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Basharuddin berkata pihaknya akan tetap menjalankan kajian terperinci mengenai topografi asal penempatan Orang Asli itu bagi menentukan sama ada kawasan itu selamat atau berbahaya untuk diduduki.

“Penempatan ini mengikut maklumat Jakoa dibuat pada 2008, jadi kita perlu kajian untuk mengetahui bahagian mana yang ada tambakan atau tanah yang dipotong kemudian baru kita dapat maklumat tepat,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku lagi rekahan tanah di kawasan itu, beliau berkata ia tidak mustahil.

“Memang boleh berlaku kerana ada satu tempat semalam kita ukur lebar rekahan hanya 1.2 meter (m) hari ini telah jadi 1.6m dan ia bergantung kepada cuaca,” katanya.

Kg Pawong yang terletak 14 kilometer dari Simpang Pulai didiami oleh 115 penduduk dan mempunyai 36 buah rumah termasuk rumah adat yang dibina sendiri oleh penduduk serta sebuah surau. – BERNAMA

Tags: rekahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Mendap: Rekahan Semakin Membesar

27/01/2022
0

SERDANG – Kejadian tanah runtuh di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana mendapati keadaan bertambah buruk akibat tambahan kerosakan kerana hujan malam...

Keluhan 8 Pemilik Alami Rekahan Kediaman Terbela

07/12/2018
0

SEREMBAN - Keluhan lapan pemilik rumah di Taman Bukti di Ampangan, dekat sini, yang mengalami keretakan di kediaman mereka akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd