• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Warga Myanmar Dipenjara 2 Tahun Seludup Migran

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR Tiga warga Myanmar termasuk seorang remaja perempuan hari ini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah atas 11 pertuduhan melakukan penyeludupan migran tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian terhadap Chin Khawn Kim, 19, Awi Sian Lian, 33, dan Pau Za Khai, 24, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa.

Hakim memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 1 Jun 2017, perintah itu diberikan setelah mengambil kira faktor kepentingan awam dan mengambil kira kebajikan tertuduh.

Mereka yang masih bujang itu didakwa dengan niat bersama telah menyeludup 11 warga Myanmar berkenaan berusia antara 11 dan 20 tahun.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Jalan Hang Kasturi, Dang Wangi di sini pada Mei 2017 mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka yang bekerja sebagai tukang masak memohon hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu, namun Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas memohon hukuman setimpal kerana ia kesalahan serius dan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

Ketiga-tiga tertuduh juga akan diusir keluar dari negara ini selepas selesai menjalani hukuman penjara. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: migranwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd