• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela, Fitri Saari Terima Ijazah

oleh
24/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pemain hoki kebangsaan Mohammad Fitri Saari adalah antara 5,279 graduan yang akan menerima ijazah masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2018.

Pandelela, 25, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, dan Mohammad Fitri, 25, bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan.

Dalam kenyataan dikeluarkan UM di sini hari ini, Pandelela berkata tenaga pengajar dan rakan-rakan sekuliah banyak membantunya dalam subjek yang dipelajari.

“Selain bergelut dengan tugasan serta kelas dan pada masa sama membuat persiapan menyertai pertandingan terjun di pelbagai peringkat menyebabkan saya perlu bijak membahagikan masa,” katanya.

Mohammad Fitri pula melahirkan perasaan sedikit terkilan kerana tidak dapat beraksi pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Oman mulai semalam kerana memilih menghadiri majlis konvokesyen itu.

“Bukan mudah membuat pilihan, namun saya memilih menjayakan majlis graduasi ini kerana ia bukanlah acara yang setiap hari boleh saya sertai.

“Selain itu, saya mahu meraikan pengorbanan diri saya, keluarga dan rakan-rakan serta tenaga pengajar yang banyak berkorban untuk saya menggenggam segulung ijazah,” katanya.

Kedua-dua atlet negara itu dijadual menerima ijazah masing-masing pada Selasa (23 Okt).

Dua lagi atlet yang bakal menerima ijazah masing-masing ialah atlet taekwondo Ryan Chong Wy Lunn dan pemain futsal Nurul Atiqah Zaifulizan. – BERNAMA

Tags: Pandelela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Jun Hoong Raih Gangsa Di Siri Dunia FINA

17/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Penerjun negara yang juga Olahragawati Kebangsaan 2017, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg meraih pingat gangsa...

Pandelela Terima Anugerah Ikon Belia Sukan

12/11/2016
0

KUCHING - Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg menerima Anugerah Ikon Belia Sukan untuk kategori individu sempena Sambutan Hari Belia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd