• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Berkaitan Keselamatan Negara Bakal Dibentang

oleh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa pindaan dan pemansuhan akta berkaitan keselamatan negara akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan atau selewat-lewatnya dalam persidangan seterusnya, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya sebuah Jawatankuasa Khas Mengkaji Undang-undang Keselamatan yang ditubuhkan Julai lepas telah selesai mengkaji enam akta serta satu hukuman terlibat dan laporannya sedang diteliti oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal di Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata akta-akta dan hukuman yang terlibat dalam kajian tersebut iaiah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan hukuman gantung mandatori dalam semua akta.

“Antara isu yang dibincangkan ialah penahanan tanpa bicara di bawah POCA dan POTA dan tempoh reman yang panjang iaitu 60 hari di bawah POCA dan POTA serta 28 hari di bawah SOSMA.

“Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan keputusan Jemaah Menteri mengenai pindaan atau pemansuhan undang-undang berkenaan, dan Jabatan Peguam Negara akan menyediakan rang undang-undang berkaitan selepas ia dipersetujukan Kabinet,” kata Muhyiddin semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Polis Diraja Malaysia telah diarah untuk merangka prosedur operasi standard baharu bagi menangani kes membabitkan akta-akta berkenaan, sementara menunggu pindaan atau pemansuhan undang-undang berkaitan diluluskan Parlimen dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Arahan saya ialah supaya pihak penguat kuasa undang-undang seboleh mungkin meraikan hak rakyat untuk bersuara, berhimpun dan bergerak bebas selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd