• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzah Dakwa Anwar Pernah Ditawar Jawatan TPM, Betul Ke?

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM satu ceramah yang diadakan di Pulau Pinang semalam, Nurul Izzah Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim andai figura itu meninggalkan gagasan Pakatan Rakyat.

Ujar Izzah kepada ratusan hadirin yang datang, tawaran tersebut dibuat setelah PR memenangi undian popular sebanyak 52 peratus pada Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

BACA: Nurul Izzah ‘Meroyan’ Seru Rakyat Sebar Berita Negara Tak Adil

Memetik retorik Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi portal The Malaysian Insider, “Dia disuruh mengabaikan sekutu PKR, PAS dan DAP, menerima tawaran itu, membentuk kerajaan… ‘que sera sera’ (apa yang terjadi, akan terjadi), kita bergembira bersama-sama.

“Apa keputusan beliau? Beliau menolak tawaran itu sama sekali kerana ia berkaitan hidup dan mati perjuangan. Sebagai sebuah gabungan, kita hanya boleh bekerja bersama-sama selagi kita berpegang kepada prinsip.”

PENANG_NURUL_IZZAH_140215_TMIHASNOOR_02

Dalam ceramah khas yang diadakan di tapak ekspo Seberang Jaya, Permatang Pauh itu, Izzah turut mendakwa Anwar bersetuju membuat rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah Najib mendesak supaya satu perdamaian dilakukan pasca pilihan raya.

Namun Anwar menetapkan syarat antaranya satu usaha perlu diwujudkan bagi membanteras rasuah dalam kerajaan persekutuan serta menangani perihal ekonomi, namun sayangnya rundingan tersebut menemui kegagalan.

Bagi menyekat kemaraan Anwar yang menjadi cabaran utama BN, Izzah berkata, bapanya disabitkan dengan kes Liwat II lalu dijatuhi hukuman penjara lima tahun, rumus Izzah dalam ceramah yang turut disertai Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu.

Bukan menidakkan dakwaan Nurul Izzah sama sekali mengatakan anak sulung Anwar berkata tipu, namun yang menjadi persoalannya mengapa pendedahan tersebut baru dilakukan setelah hampir dua tahun PRU 13 berlangsung?

Adakah terdapat konspirasi pasca keputusan Liwat II, setelah kerusi parlimen Permatang Pauh bakal kosong tidak lama lagi? Tunggu babak politik seterusnya…

– MYNEWSHUB.CC

Publisiti Murahan? Bomoh Main Golf Depan Penjara Sungai Buloh

https://www.youtube.com/watch?v=_dSaKN3UuIE

Tags: Anwar IbrahimLim Guan EngNurul IzzahPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd