• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menari Di Eskalator Hingga Roboh, 20 Cedera

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKURANG-kurangnya 20 cedera apabila sebuah eskalator di sebuah stesen metropolitan di Rome, Itali roboh, Selasa malam.

Satu rakaman video di Sky TG24 menunjukkan eskalator tersebut roboh secara tiba-tiba, menyebabkan pengguna jatuh antara satu sama lain.

Punca kemalangan itu tidak diketahui.

Stesen metropolitan di Piazza Rebubblica yang terletak dekat stesen kereta api utama Termine ditutup untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai jatuh di atas antara satu sama lain. Mereka mengalami pelbagai kecederaan disebabkan eskalator yang masih berfungsi.

“Ada antara mangsa mengalami kecederaan parah,” kata Ketua Bomba dan Penyelamat Rome, Giampietro Boscaino.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang cedera akibat insiden itu.

Boscaino menjangkakan mangsa yang cedera seramai 20 orang dengan tujuh daripada mengalami kecederaan serius.

Kebanyakan mangsa adalah warganegara Rusia yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara antara CSKA Moscow menentang Roma.

Agensi berita ANSA memetik Datuk Bandar Rome, Virginia Raggi sebagai berkata, saksi melaporkan beberapa pengguna melompat dan menari di atas eskalator sebelum insiden itu.

ANSA turut melaporkan pegawai daripada agensi pengangkutan sebagai berkata kerja penyelenggaraan ke atas eskalator di stesen tersebut setiap bulan.

Dalam pada itu, seorang penyokong CSKA Moscom cedera ditikam menggunakan sebilah pisau dalam satu insiden pergaduhan membabitkan beberapa penyokong di luar Stadio Olimpico.

Kira-kira 1,500 penyokong CSKA menyaksikan perlawanan itu. – foxsports.com/mStar Online

Tags: eskalatorpenyokong bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eskalator Rosak Teruk, Pengguna Cemas – “10 Saat Lagi Saya Ada Di Situ”

Eskalator Rosak Teruk, Pengguna Cemas – “10 Saat Lagi Saya Ada Di Situ”

29/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Satu insiden melibatkan sebuah eskalator yang mengalami kerosakan serius mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas gambar kejadian itu tular...

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

15/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd