• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Klinik Kesihatan Cedera Ambulans Dilanggar

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua kakitangan Klinik Kesihatan Gambang di sini, cedera apabila ambulans dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat Jalan Segamat-Gambang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian berlaku pukul 5.40 petang, semasa mangsa yang merupakan seorang jururawat dan seorang pembantu perawatan kesihatan dalam perjalanan mengambil pesakit.

Katanya, pemandu ambulans dan seorang doktor yang turut berada di dalam kenderaan itu tidak cedera.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu MPV jenis Toyota Avanza melanggar sisi kiri ambulans di hujung pembahagi jalan ke arah Gambang.

“Pemandu MPV semasa itu hendak meneruskan perjalanan ke arah Tol Gambang yang terletak kira-kira 2 kilometer dari persimpangan itu semasa lampu isyarat masih hijau.

“Ambulans berkenaan pula sudah membunyikan dan memasang lampu siren semasa melalui persimpangan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamaruzaman menambah kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Katanya, pemandu MPV berusia 36 tahun yang dalam perjalanan seorang diri dari Seremban ke Kuala Terengganu tidak cedera, walaupun bahagian hadapan keretanya remuk teruk.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Ambulanskemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd