• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FRIM Hasil Produk Anti Gout Daripada Pokok Cucur Atap

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terus mencipta inovasi baharu dalam bidang perubatan negara dengan penghasilan produk anti gout daripada pokok cucur atap yang tumbuh meliar di sekitar kawasan pantai di Terengganu.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata pokok cucur atap atau nama saintifiknya Baeckea Frutescens telah lama digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti sembelit, sakit perut, sakit belakang dan turut digunakan bersama herba lain untuk mengawal tekanan darah dan paras gula dalam darah.

“Hasil kajian saintifik FRIM selama lapan tahun juga mendapati herba ini mempunyai nilai perubatan yang berpotensi sebagai anti gout.

“Prototaip produk herba cucur atap yang dilancarkan hari ini juga didapati sangat berkesan menghalang penghasilan dan pengumpulan asid urik di bahagian sendi. Ia telah pun dipatenkan dan akan dipasarkan secara komersial dengan mana-mana pihak yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran produk prototaip anti gout dikenali sebagai GouTree di Stesen Penyelidikan FRIM dekat Bari di sini hari ini.

Penggunaan produk itu boleh diambil dalam dua kaedah iaitu dengan cara memakan kapsulnya atau kaedah semburan di bahagian sendi yang sakit.

Mengulas lanjut, beliau berkata penemuan baharu itu juga bakal memberi impak positif kepada ekonomi Terengganu kerana negeri ini mempunyai 60,000 hektar keluasan tanah berpasir yang sangat sesuai ditanam pokok cucur atap.

“Ketika ini, sebanyak 500 batang pokok cucur atap telah ditanam di stesen ini bagi tujuan penyelidik FRIM menjalankan kajian mengenai spesies pokok ini melibatkan pelbagai skop iaitu daripada penghasilan anak pokok sehingga penghasilan bahan mentah.

“Kita berharap dengan penemuan saintifik ini, lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat kesihatan daripada herba milik negara sekali gus mengurangkan kebergantungan import dari negara luar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Goutpokok cucur atap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mael XPDC Rebah Kerana Gout, Bukan Nazak

30/03/2017
0

TULAR menerusi media media sosial semalam mendakwa konon vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd