• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 75% Murid OKU Di Sekolah Arus Perdana Pada 2023

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menyasarkan 75 peratus murid berkeperluan khas (MBK) di seluruh negara untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) bersama pelajar arus perdana pada 2023.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata PPI akan diadakan dua tahun lebih awal daripada sasaran seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Kementerian memberi fokus kepada pendidikan inklusif yang mana MBK belajar bersama-sama murid arus perdana dalam satu kelas yang sama selaras dengan penekanan kepada aspek kasih sayang (love), kegembiraan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan M. Karupaiya (PH-Padang Serai) mengenai usaha kerajaan membantu kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang semakin bertambah di kawasan Padang Serai serta usaha membina sekolah khas untuk anak-anak OKU.

Maszlee berkata kementerian merancang untuk membuka dua Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) baharu di Padang Serai iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Karangan dan SMK Datuk Lela Pahlawan mengikut keperluan dan perluasan penempatan MBK.

Katanya bagi kawasan Parlimen Padang Serai, jumlah MBK adalah seramai 896 orang yang melibatkan 471 orang MBK sekolah rendah dan 425 pelajar MBK sekolah menengah. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikmuridOKU
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd