• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Jamal Khashoggi Satu Kezaliman

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi merupakan satu kezaliman yang amat sangat dan tidak boleh diterima.

Beliau berkata negara ini tidak menyokong perbuatan membunuh seorang pengkritik kerajaan.

“Kita ada orang yang kita tidak suka, tetapi kita tidak boleh bunuh dia sebab tidak suka dia. Nasib baik, pasal saya dulu pun orang tidak suka. Kalau kita ada sistem macam sistem Arab mungkin saya tidak boleh cakap hari ini.

“Alhamdulillah di negara kita tiada kezaliman macam itu,” katanya pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Perdana menteri berkata demikian ketika ditanya berkenaan pendirian Malaysia berhubung pembunuhan tersebut.

Pada Sabtu lepas, Agensi Akhbar Saudi melaporkan Arab Saudi mengakui Khashoggi dibunuh di dalam konsulatnya di Istanbul.

Menurut laporan itu perbincangan di antara kolumnis akhbar Washington Post itu dan pihak yang ditemuinya di konsulat tersebut berubah menjadi satu pergaduhan yang membawa kepada kematiannya.

Susulan pembunuhan Khashoggi, komuniti antarabangsa memberi tekanan kepada Arab Saudi dengan beberapa negara dilaporkan membatalkan penyertaan dalam persidangan pelaburan Arab Saudi di Riyadh. – BERNAMA

Tags: Jamal KhashoggiMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd