• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Hukuman Mati Dapat Reaksi Positif

oleh
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori mendapat maklum balas positif daripada pihak antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau bagaimanapun menegaskan cadangan itu masih dalam kajian proses penelitian menyeluruh dan ia akan diputuskan oleh kabinet untuk tindakan lanjut.

“Selepas pihak Peguam Negara selesai dengan kajian mereka ia akan dibentangkan kertas itu kepada saya untuk dibawa ke peringkat jemaah menteri bagi mendapatkan keputusan,” katanya selepas menghadiri rakaman program UPSOUND terbitan Bernama News Channel bagi membincangkan isu bertajuk “Mansuh Hukuman Mati” yang akan bersiaran pada 8.30 malam, Rabu ini.

Liew berkata selepas mendapat kelulusan kabinet, cadangan pemansuhan hukuman itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan dan diputuskan.

“Sekiranya dapat… kita proses (dibentang pada persidangan Dewan Rakyat) tahun ini, dan sekiranya tak sempat kita akan proses tahun hadapan​​​​​​ ​pada sesi akan datang, 2019 pada bulan Mac,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Liew berkata langkah pemansuhan hukuman itu mendapat pujian daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang positif dengan langkah tersebut.

Pada 7 Okt lalu, Liew memaklumkan kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri. – BERNAMA

Tags: hukuman mati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd