• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gencatan Senjata Ukraine Bermula

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV, Ukraine – Tempoh gencatan senjata di Ukraine bermula seminit selepas tengah malam, sekali gus membawa sedikit harapan terhadap konflik yang sudah meragut 5,300 nyawa dan menyebabkan lebih sejuta orang terpaksa berpindah.

Mengikut perjanjian yang dipersetujui minggu lalu, pasukan tentera Ukraine dan puak pemisah yang disokong Russia akan mula mengundurkan senjata berat minggu ini bagi mewujudkan zon penampan yang luas.

Namun kebimbangan kekal tinggi bahawa pertempuran boleh tercetus semula akibat perebutan Debaltseve, hab kereta api strategik yang kini dikuasai kerajaan.

Tempoh beberapa jam sebelum gencatan itu bermula menyaksikan pertempuran hebat antara tentera Ukraine yang berusaha mengekalkan penguasaan ke atas Debaltseve serta lebuh raya menghala ke utara dari bandar itu.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengeluarkan arahan menerusi siaran langsung televisyen supaya pihak tentera berhenti menembak seminit selepas tengah malam waktu Kiev (2201 GMT).

Penduduk Donetsk, kubu kuat puak pemisah yang dibedil tentera Ukraine, melaporkan bedilan terhenti selepas pengumuman itu. – AP

Tags: Ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd