• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Philip Morris Hipokrit Kempen Henti Merokok”

oleh Haris
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT rokok gergasi dunia, Philip Morris dikecam kerana didakwa bersikap hipokrit kerana mempromosi rokok melalui kempen berhenti merokok di United Kingdom.

Pembuat rokok Marlboro itu berkata kempen itu ialah langkah penting dalam usahanya mencapai matlamat berhenti menjual rokok.

Kumpulan perubatan Cancer Research UK berkata syarikat itu sebenarnya hanya mahu mengiklankan alternatif rokok seperti alat pemanas tembakau.

“Ini satu hipokrasi yang hebat,” kata pertubuhan itu, sambil menyebut bahawa Philip Morris masih terus mempromosikan rokok di luar UK.

“Cara terbaik Philip Morris hendak membantu orang berhenti merokok ialah tidak membuat rokok,” kata George Butterworth, pengurus dasar Cancer Research UK.

Badan kebajikan itu berkata merokok ialah punca kanser yang boleh dielakkan dan menggalakkan orang ramai tidak merokok termasuk menggunakan rokok elektronik.

Sebuah lagi badan kesihatan, Action on Smoking and Health juga mengkritik kempen itu, yang dilancarkan melalui iklan empat muka surat luar akhbar Daily Mirror, yang disifatkan sebagai helah mengelak undang-undang antiiklan rokok UK. Kempen turut dibuat melalui iklan video.

Hampir semua bentuk iklan dan promosi rokok di UK diharamkan, dan peraturan baharu menetapkan rokok dan tembakau dijual dalam paket hijau.

Philip Morris sebelum ini berkata ia mahu mencapai masa depan yang “bebas rokok.”

Seperti banyak syarikat rokok lain, Philip Morris sedang mula memberi fokus pada produk baharu untuk menggantikan rokok pada masa jumlah perokok semakin menyusut di UK.

Syarikat ini menjual beberapa alternatif rokok termasuk produk tembakau, Iqos.

Ia juga memiliki jenama rokok elektronik Nicocig, Vivid dan Mesh. – BBC

Tags: Philip MorrisRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd