• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DOSH Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Tanah Runtuh Paya Terubong

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh di projek lebuh raya berkembar di Paya Terubong yang setakat ini mengorbankan lapan pekerja asing.

Pengarah DOSH negeri Mohd Rosdee Yaakob berkata jawatankuasa khas itu antaranya dianggotai pegawai dari ibu pejabat DOSH, bahagian forensik, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Kerja Raya.

“Setakat ini, kami telah bermesyuarat untuk membincangkan strategi bagi menyiasat kejadian itu dan mengumpul maklumat dari tapak kejadian,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata penglibatan anggota dari pelbagai agensi termasuk satu pasukan siasatan dan pendakwaan (SSP) DOSH dalam jawatankuasa khas itu diperlukan kerana setiap agensi itu mempunyai kepakaran mereka dalam membantu menyelesaikan kes itu.

Beliau berkata DOSH mempunyai tempoh tiga bulan untuk menyediakan laporan mengenai siasatan punca kejadian tetapi kemungkinan besar siasatan itu dapat diselesai lebih awal atas kerjasama pelbagai pihak.

Sementara itu, Rosdee berkata setiap kerja-kerja pembangunan perlu berdaftar agar projek itu dapat dipantau oleh DOSH dari segi keselamatan tapak dan kesihatan pekerja, tetapi bukan dalam bidang kuasa DOSH untuk hentikan semua projek.

“Arahan henti kerja kami selalunya dikeluarkan selepas pemeriksaan dan penilaian risiko dibuat ke atas projek yang bermasalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) negeri agar DOSH menghentikan semua pembangunan lereng bukit di Pulau Pinang selepas tragedi tanah runtuh di Paya Terubong itu.

Katanya, setakat ini, terdapat lebih 1,000 projek di Pulau Pinang telah berdaftar dan di bawah pemantauan DOSH manakala projek yang tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan mahkamah dan kompaun.

Insiden tanah runtuh itu yang dilaporkan pada 1.56 petang Jumaat lepas setakat ini telah mengorbankan lapan pekerja asing, empat cedera dan dua masih terperangkap di bawah runtuhan tanah. – BERNAMA

Tags: DOSHtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd