• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Denda RM70K Kekal, Jalankan Perusahaan Gigi Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mahkamah Tinggi Melaka hari ini mengekalkan hukuman denda RM70,000 terhadap bekas pelajar kolej vokasional atas kesalahan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, tahun lalu.

Dalam penghakimanya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Nasfy Yasin mengekalkan denda yang diputuskan terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 21, setelah mendapati keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat untuk dikekalkan memandangkan kes berkenaan telah tular di laman sosial.

Ahmad Nasfy berkata mahkamah mengekalkan hukuman denda sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang ramai agar menghormati keputusan mahkamah, selain mengambil kira masa depan wanita itu yang masih muda dan tidak bekerja.

Beliau berkata mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan agar mengenakan hukuman pemenjaraan terhadap tertuduh kerana Nur Farahanis Ezatty telah mengambil pengajaran terhadap kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi​​​​​​​.

Pada 29 Sept 2017, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman denda RM70,000 terhadap Nur Farahanis Ezatty selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen​​​​​​​.

Tertuduh dari Alor setar, Kedah didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di sebuah inap desa, Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Jan 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta itu dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Fairuz Syuhada Amran manakala tertuduh diwakili peguam, Haslida Abu Bakar. – BERNAMA

Tags: dendamahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd