• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Kesal Dengan Kenyataan Junz Wong

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memandang serius dan kecewa dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong menerusi media masa semalam berhubung proses pelupusan bot tahanan Vietnam.

APPM Wilayah Sabah dan Labuan dalam kenyataannya hari ini berkata, setakat ini tiada peraturan yang memerlukan agensi itu melapor kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk tindakan pelupusan bot yang dilucut hak.

“Bot-bot yang ditahan akan disita, disiasat dan didakwa di mahkamah. Jika didapati bersalah dan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia oleh mahkamah, Maritim Malaysia akan melupuskan bot-bot ini mengikut tatacara berpandukan Pekeliling Perbendaharaan – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.7 Pelupusan.

“Secara amnya, terdapat tujuh kaedah pelupusan yang telah digariskan. Setakat ini tiada peraturan yang memerlukan agensi bagi melaporkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan tindakan pelupusan bot yang dilucut hak,” katanya.

APMM berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong yang mendakwa APMM melupuskan dua bot nelayan Vietnam secara diam-diam.

Mengulas lanjut perkara itu, agensi berkenaan menjelaskan bahawa proses pelupusan dua bot nelayan Vietnam seperti yang dilaporkan adalah mematuhi pekeliling perbendaharaan iaitu dilupuskan dengan menenggelamkannya untuk dijadikan tukun tiruan.

Katanya bot nelayan asing yang dilucut hak adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan semula dan perlu dimusnahkan secara potong, tanam atau ditenggelamkan dan dua bot nelayan berkenaan telah dilupuskan dengan cara ‘zero cost’ oleh dua syarikat tempatan berpangkalan di Kudat yang dilantik APMM.

Katanya APMM di seluruh Malaysia telah menggunakan kaedah pelupusan berkenaan sejak sekian lama dan kerja pembersihan bot dan pelupusan yang dilaksanakan tidak melibatkan sebarang wang kerajaan sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik.

Menurut kenyataan itu, melalui pendekatan yang digunakan agensi itu, pihak APMM telah dapat menjimatkan sejumlah besar wang kerajaan yang perlu diperuntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja pelupusan bot-bot tersebut.

“Agensi tidak menawarkan sebarang sebut harga bagi pelupusan ini kerana ia tidak melibatkan sebarang nilai kepada kerajaan. Agensi ingin menegaskan bahawa tidak timbul isu pelupusan bot dilakukan secara diam-diam dengan tiada proses sebut harga dilaksanakan seperti yang digembar-gemburkan di dalam media,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa proses penenggelaman bot berkenaan dilaksanakan di perairan Kudat setelah segala prosedur dipatuhi serta mendapat kelulusan daripada agensi dan jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Menurut APMM proses penenggelamkan bot berkenaan dilaksanakan dengan disaksikan oleh pegawai yang dilantik daripada APMM sendiri dengan melengkapkan Sijil Pelupusan (KEW.PA-23) dan Sijil Penyaksian Pemusnahan (KEW.PA 22) bagi diserahkan kepada Ibu Pejabat untuk direkod dan dimaklumkan kepada Perbendaharaan. – BERNAMA

Tags: APMMBot Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd