• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan berterusan terhadap unit negara maju itu, kata para peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.1580/1620 berbanding dolar AS daripada 4.1560/1600 pada Jumaat lepas.

Ketua Perdagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada minggu lalu mengesahkan bahawa ekonomi AS adalah kukuh dan pihak Fed juga cenderung untuk meneruskan rancangan mereka berhubung dasar itu secara berperingkat.

“Kadar faedah misalnya berkemungkinan akan terus meningkat berikutan latar belakang ekonomi AS yang kukuh dan hanya mengekalkan sokongan terhadap dolar AS berkenaan,” katanya.

Di peringkat tempatan, beliau menyifatkan langkah kerajaan mengurangkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan serta mengetepikan rancangan untuk mengimbangi bajet menjelang 2020, juga dilihat tidak banyak membantu pasaran kewangan negara ini.

“Tambahan pula dengan prospek seperti cukai keuntungan modal serta cukai penggunaan lainnya pada masa akan datang, juga membuktikan mengapa pasaran ekuiti Malaysia mengalami tekanan,” kata Innes.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.6973/7019 daripada 3.6982/7027 pada Jumaat lepas.

Ia bagaimanapun rendah berbanding pound Britain kepada 5.4283/4356 daripada 5.4132/4205 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0163/0197 berbanding 3.0129/0169, sebelum ini.

Berbanding euro, ringgit susut kepada 4.7825/7888 daripada 4.7619/7674. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd