KAHERAH – Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman menghubungi anak lelaki wartawan Jamal Khashoggi yang dibunuh, Salah untuk menyampaikan ucapan takziah mereka, kata Agensi Akhbar Arab Saudi semalam.
Terdahulu, Arab Saudi mengakui bahawa Khashoggi, seorang wartawan yang sering mengkritik pemerintah Arab Saudi, terbunuh selepas berlaku pergaduhan di dalam konsulat Istanbul, dua minggu selepas menafikan sebarang kaitan dengan kehilangannya. – Reuters/BH ONLINE
