• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Tak Tahu Lokasi Mayat Khashoggi – Adel Al-Jubeir

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Menteri Luar Adel al-Jubeir berkata, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui lokasi jasad wartawan dibunuh, Jamal Khashoggi, semalam, walaupun negara itu ‘mengakui pembunuhan’ terbabit dengan menyifatkannya sebagai ‘kesilapan besar’.

Bercakap dalam temu bual dengan Fox News, Jubeir berkata, pada mulanya, kepimpinan Arab Saudi percaya Khashoggi sudah keluar dari konsulatnya di Istanbul di mana lokasi beliau dilihat kali terakhir, 2 Oktober lalu.

“Namun, susulan laporan daripada Turki, pihak berkuasa Arab Saudi memulakan siasatan dan mendapati beliau terbunuh dalam misi diplomatik.

“Kami tidak tahu bagaimana pembunuhan berlaku. Kami tidak tahu di mana lokasi jasad mangsa. Pendakwa raya kami sudah mengarahkan penahanan 18 individu,” katanya.

Beliau menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘kesilapan besar’, namun merasakan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi akan pulih juga akhirnya.

“Semua individu ini melakukannya di luar bidang kuasa mereka. Jelas ada kesilapan besar dan apa yang memburukkan lagi keadaan adalah cuba menutup kesalahan.

“Tindakan sebegini tidak boleh diterima mana-mana kerajaan. Malangnya ia berlaku. Kami mahu memastikan semua yang bertanggungjawab dihukum dan mahu ada prosedur untuk mengelakkan daripada ia berulang,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Arab SaudiJamal Khashoggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Kemudahan baharu dijangka berpotensi menyokong pengeluaran seawal penghujung 2026, namun jenis peluru berpandu dan kerjasama dengan Beijing belum...

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd