• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR Cabang Puchong, Gombak Kecoh

oleh
21/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR di cabang sekitar Selangor hari ini sekali lagi disajikan dengan adegan kekecohan.

Kekecohan berlaku di dua daripada enam cabang PKR Selangor pada fasa kedua proses pemilihan yang berlangsung hari ini.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pertelingkahan yang dipercayai berlaku antara penyokong kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Ia membabitkan pemilihan PKR di Cabang Puchong dan Gombak.

Beberapa pegawai polis juga dilihat terpaksa campur tangan di kawasan kejadian bagi mengawal situasi.

Di Gombak, sumber di lokasi mendakwa, kekecohan tercetus selepas seorang remaja berusia 20-an berang apabila bapanya ditolak oleh beberapa individu.

Menurut sumber, kira-kira jam 12.30 tengah hari kekecohan bermula apabila calon ketua cabang dihalang masuk dan rentetan daripada insiden itu menyebabkan berlaku tolak menolak.

“Bapa remaja itu kena tolak, dia pun naik angin. Selepas itu, datang penyokong tidak pasti siapa mula menumbuk… sampai teruk.

Di Puchong pula, kira-kira jam 2.30 petang tadi berlaku kekecohan dipercayai tercetus antara dua kumpulan penyokong bermula di pintu masuk utama pusat pengundian di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Seri Kembangan.

Dipercayai berlaku tolak menolak antara penyokong dan pengundi sehingga menyebabkan ada beberapa daripada mereka jatuh dan terhimpit.

Pasukan Light Strike Force (LSF) dan beberapa pihak polis berada di tempat kejadian bagi mengawal keadaan serta keselamatan di MPSJ.

Menurut wartawan NTV7, Ridhuan Hussain, kekecohan pemilihan PKR Cabang Puchong bertukar ganas apabila ahli yang sudah lebih tiga jam menunggu merempuh masuk ke kawasan pengundian.

Beliau mengesahkan terdapat penyokong dan pengundi yang jatuh dan pengsan akibat dipijak.

“Ada ahli parti hilang sabar ekoran terlalu lama menunggu selain mendakwa pengurusan proses pengundian yang lemah. Terdapat cubaan rempuh masuk. Ada yang membuat keputusan untuk tidak mengundi dan terus pulang,” katanya di status yang dimuat naik di Twitternya, hari ini. – BH Online

Tags: Pemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd