• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Rohani Banteras Gangsterisme Masyarakat India

oleh
21/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Membanteras gangsterisme melalui pendidikan rohaniah di peringkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di kuil dan sekolah-sekolah dicadangkan sebagai pendekatan dalam menangani isu gangsterisme dalam kalangan masyarakat India di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P.Waythamoorthy.

Beliau berkata, cadangan berkenaan dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat pertama beliau dengan pemimpin dari 50 NGO Hindu dari seluruh negara yang berlangsung di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

“Mesyuarat hari ini dipanggil oleh saya untuk berjumpa dengan badan-badan bukan kerajaan Hindu untuk berbincang dan mendapatkan input mereka mengenai cara menangani isu gangsterisme dalam kalangan masyarakat India,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan berakhir.

Tambah Waythamoorthy, perbincangan hari ini mencapai persetujuan untuk jalankan kempen ‘mencegah jenayah menerusi kerohanian’ kerana semua pihak percaya pendidikan rohaniah dapat membanteras pengaruh gangsterisme.

Jelas beliau, pada masa ini kempen berkenaan masih di tahap awal perbincangan dan ia dijangka dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

Kata Waythamoorthy, kesemua wakil ngo yang hadir mesyuarat pada hari ini sepakat bahawa konsep Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan penerapan nilai-nilai murni mampu membentuk warganegara yang baik. – BERNAMA

Tags: gangsterismeKaum India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penubuhan MAP Wakili Kaum India – Waytha Moorthy

10/09/2018
0

JOHOR BAHRU - Penubuhan sebuah parti politik baharu, Malaysia Advancement Party (MAP) untuk kaum India adalah relevan bagi menjaga kepentingan...

DAP Pertahan 300K Orang India Tiada Kad Pengenalan

28/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Mohd Azis Jamman didesak menarik balik kenyataan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd