• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca 3 Beranak Lemas Tiada Unsur Jenayah Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Bedah siasat yang dibuat oleh tiga pakar forensik terhadap tiga mayat sekeluarga yang lemas di dalam Sungai Arau pada Rabu mendapati tiada kecederaan fizikal pada tubuh mereka yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata bagaimanapun punca kematian hanya boleh dimuktamadkan selepas analisis toksikologi dibuat oleh Jabatan Kimia dalam masa beberapa hari lagi.

Mayat Norzalina Baharom, 35, ibunya Norma Pin, 64, dan bapanya, Baharom Ahmad, 66, selesai dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, petang semalam.

Mayat Baharom ditemui di pintu tali air Sungai Tambun Tulang di Simpang Empat kira-kira 10 kilometer dari tempat mayat isterinya, Norma ditemui di dalam sungai sama manakala mayat Norzalina ditemui di dalam Sungai Arau berdekatan Kampung Belat Batu antara 8.35 pagi hingga 12.10 tengah hari.

Semalam polis mendapat perintah menahan reman anak lelaki pasangan itu, Mohd Zali, 37, yang naik ke darat selepas terjun ke dalam Sungai Arau bersama tiga anggota keluarganya bagi membantu siasatan.

Mohd Zali yang pulang ke Sungai Petani dengan menaiki kereta api dari Arau pada pagi Khamis, ditahan di Taman Ria Sungai Petani tengah malam, hari yang sama.

Misteri kematian tiga beranak itu terjawab selepas Mohd Zali membuat pengakuan kepada polis punca mereka mengambil tindakan itu dengan meminum racun dan terjun ke dalam sungai di Kampung Bakong Arau pada pukul 2.45 pagi Rabu lepas.

Noor Mushar berkata suami Norzalina, Othman Ramli, 39, dan seorang cucu saudara allahyarham Norma, Nor Malia Ahmad, 31, telah membuat pengecaman dan mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa. – BERNAMA

Tags: bunuh dirilemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd