• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Suai Kenal Editor Akhbar, Portal Tamil

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek mengadakan pertemuan dengan editor akhbar dan portal berita bahasa Tamil malam tadi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau berkesempatan bersuai kenal dengan editor akhbar dan portal bahasa Tamil dan pertemuan itu cukup membina.

“Satu pertemuan cukup membina. Banyak input dikongsi oleh Datuk M. Rajan, Encik Peruji Perumal, Pn Saras, Encik Padma, Encik Thiaga dan Encik Mohan bagi kita sama-sama melahirkan generasi yang holistik.

“Saya sangat hargai pandangan mereka semua. Semoga hubungan baik ini akan berkekalan demi menjayakan usaha martabatkan sistem pendidikan negara,” katanya di Facebook hari ini.

Maszlee mengadakan pertemuan itu selepas mengecam akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lalu kerana melaporkan kenyataan beliau tentang kajian warna stoking sekolah.

Kenyataan beliau itu menerima kritikan ramai rakyat Malaysia di media sosial.

Maszlee bagaimanapun tidak mengecam akhbar berbahasa Melayu lain yang turut melaporkan berita sama termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan. – MYNEWSHUB.TV

Tags: akhbarDr Maszlee Malikportal beritatamil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Bertanding Di Puteri Wangsa, Tapi Mengundi di Machap

Maszlee Bertanding Di Puteri Wangsa, Tapi Mengundi di Machap

11/07/2026
0

KLUANG - Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik mengundi di Sekolah Jenis...

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam”  – Maszlee

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam” – Maszlee

08/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa Simpang Renggam hanya mendapat perhatian di peringkat nasional selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd