• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara Terbaik Asia

oleh
20/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH… Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards berlangsung di Cannes, Perancis pada Isnin lalu.

Menurut hos berusia 35 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan itu, kejayaan tidak dijangka berkenaan merupakan satu penghargaan tertinggi yang diperoleh oleh dirinya sepanjang 10 tahun bergelar sebagai anak seni.

“Syukur Alhamdulillah… terima kasih atas anugerah yang sangat besar ini. Terima kasih kepada keluarga dan isteri, Zira Ayub. Tak lupa juga kepada rakan pengacara Gegar Vaganza, Jihan Muse.

“Dan semua tim produksi program tersebut daripada musim pertama hingga sekarang kerana mempercayai saya. Dan paling penting, kelab peminat Nabelicious yang tak henti-henti menyokong,” katanya.

Pelawak popular ini berkongsi kegembiraan tersebut menerusi akaun sosial Instagram miliknya pada Khamis lepas. Hantaran tersebut menerima lebih 40,000 tanda suka dan ribuan komen ucapan tahniah.

Asian Academy Creative Awards dikenali kerana banyak memberi pengiktirafan kepada pengkarya industri kreatif dari seluruh benua Asia menerusi pelbagai program terutamanya produksi media.

Ia mempertandingkan 49 kategori dengan membabitkan penyertaan dari 20 buah negara Asia.

Sebelum ini, menerusi laman Instagram Datuk Aznil Nawawi, dia turut memuat naik ucapan tahniah kepada pengacara tersebut.

“Bring it on Nabil, World is next! Tahniah,” tulisnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Nabil Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nabil Minta Maaf Campak Tanjak

15/07/2019
0

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali tanjak yang saya pakai,” luah pelakon, pelawak...

Nabil Bakal Timang Anak Lagi

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, mengakui teruja apabila doktor mengesahkan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd